Webinar Nadi X Wellbeing (Membesarkan Anak Istimewa Sambil Mengurus Adhd Sendiri)
26 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 25 Julai 2026 , telah berlangsung Webinar Nadi X Wellbeing : Membesarkan Anak Istimewa Sambil Mengurus ADHD Sendiri .Webinar ini berlangsung selama 1 jam bermula pada jam 10:30 pagi sehingga 11:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau.
Webinar ini membincangkan cabaran ibu yang membesarkan anak istimewa sambil mengurus ADHD dalam diri sendiri. ADHD dalam wanita dewasa sering tidak disedari kerana simptomnya seperti mudah lupa, sukar mengurus masa, cepat berasa tertekan, keletihan mental dan sukar mengawal emosi. Perkongsian turut menekankan kepentingan memahami keadaan diri, membina rutin harian yang fleksibel serta mendapatkan sokongan daripada pasangan, keluarga, majikan dan masyarakat. Ibu juga digalakkan mendapatkan penilaian dan rawatan daripada pakar sekiranya simptom ADHD menjejaskan kehidupan seharian. Kesimpulannya, ADHD bukan penghalang untuk menjadi ibu yang baik. Dengan sokongan, strategi pengurusan yang sesuai dan penjagaan kesihatan mental yang berterusan, ibu mampu membesarkan anak istimewa dengan lebih yakin, seimbang dan penuh kasih sayang.
Dengan adanya webinar atau program seperti ini, ianya dapat mempromosikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kepada komuniti setempat dengan lebih kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: